Monday, February 25, 2019

Objektif penulisan blog




Hai..Assalamualaikum.
Tujuan kami menulis blog ini adalah untuk:

💗1)Memenuhi tugasan kursus Terjemahan Melayu-Arab(PPPJ1213)

💗2)Menjelaskan kepada masyarakat akan kelebihan dan kepentingan ilmu menterjemah.

💗3)Menerangkan dan berkongsi bersama pembaca akan situasi dan suasana pembelajaran ketika kami menghadiri kuliah subjek ini.


Kami berharap agar pembaca blog ini dapat mengambil sedikit manfaat daripada penulisan blog ini.


😃😄

Posted by:HAWA MAT ASA


Kuliah 1



Coretan bidadari-bidadari Al Mahirah💗



Bismillahirahmanirahim..syukur kehadrat ilahi dengan limpah kurnia Nya , kerana kita masih boleh merasa nikmat iman dan islam. Alhamdulillah😊

Assalamualaikum W.B.T..

Hai korang semua👋.. Sejujurnya sedikit nervous untuk menulis blog ini, kerana ini adalah pertama kali dalam hidup saya untuk menulis blog😅huhu.. Okey sebenarnya ini adalah salah satu tugasan buat kami , pelajar tahun satu Pusat Rantau Timur Tengah dan Nusantara yang ditugaskan oleh Dr Maheram Bt Ahmad untuk membuat blog khas bagi kursus terjemahan arab-melayu-arab . Kami perlu membentuk satu kumpulan yang mana terdiri daripada 4 orang ahli. Korang boleh lihat biodata ahli kumpulan saya di ruangan biodata ya, mana tahu ada yang berkenan di hati. Ecewah..😆


                                                    Kuliah 1..

Suasana kuliah pada hari pertama pembelajaran 


         Baiklah , saya ingin menceritakan serba sedikit ketika kuliah pertama bagi kursus ini. sebelum itu, saya ingin beritahu, kuliah pertama kami santai-santai sahaja kerana Dr. menerangkan serba sedikit berkenaan dengan kursus ini sahaja. Ketika semua pelajar sudah memenuhi ruang tempat duduk di dalam dewan kuliah . Sambil menunggu ketibaan Dr Maheram ke dewan , masing-masing sibuk beborak sana sini. Tidak lupa juga bagi yang sibuk 'membawang'😅.. hehe . Tidak lama kemudian Dr pun sampai. Berbagai tanggapan yang bermain di fikiran masing-masing .Ada yang kata 'Dr Maheram nampak macam garang ' , ada juga yang mengatakan 'wow berkarisma nya Dr Maheram ini'. Setelah berlansungnya kuliah , baru kami tahu bahawa Dr Maheram seorang yang kelakar, peramah dan seorang yang sangat hebat.

   Beliau ada juga mencerikan tentang pengalaman hidup beliau yang membuatkan kami begitu kagum . Beliau juga ada memberi perbezaan antara perkataan 'banyak' dan 'ramai'. Kata Dr, perkataan 'ramai' itu membawa maksud manusia yang ramai, manakala  'banyak' pula ialah manusia yang ramai dan bising , contohnya banyak manusia di pasar (keadaan pasar yang bising) . Oh ya ,beliau juga ada menceritakan tentang untungnya menjadi ahli penterjemah. Menurut beliau, begitu untung sekali orang yang mempunyai kepakaran dalm bidang bahasa arab yang mana mereka boleh membuat kerja sambilan dengan menterjemahkan buku-buku bahasa arab dengan keuntungan yang berlipat kali ganda ,bak kata beliau kita boleh menjual kepakaran kita hanya dengan duduk sahaja di rumah .


   Ini membuatkan kami begitu bersemangat untuk mempelajari kursus ini dengan bersungguh-sungguh. Jika dilihat pada wajah rakan-rakan saya , jelas terpancar keterujaan di wajah masing-masing . Eh nanti dulu ✋, bukan bermaksud kami belajar hanya untuk mendapat keuntungan semata-mata , niat kerana allah itu lebih utama , tetapi sebagai pembakar semangat kepada kami untuk lebih serius dalam mempelajari kursus ini . Kami tidak sabar untuk menempuh hari-hari yang seterusnya bersama Dr Maheram . Korang semua tunggu ya , kami akan kongsikan cerita-cerita yang lebih menarik.😘


Posted by : Nur Nazurah Abdul Wahid 🙉



Biodata ahli-ahli Al-Mahirah





👍BIODATA AHLI AL-MAHIRAH







💛Nama:Siti Norhidayu Binti Muhamad Mak Sudi
💛Nombor Matrik:A167991
💛Asal:Shah Alam,Selangor
💛Tarikh Lahir:04 September 1999
💛Cita-Cita:Sejarawan
💛Quote:"Kita boleh melakukan apa sahaja yang kita inginkan,
selagi mana kita bergantung dan yakin pada Allah Swt.




💙Nama:Siti NurHawa Binti Mat Asa
💙Nombor Matrik:A167807
💙Asal:Banting,Selangor
💙Tarikh Lahir:21 Januari 1999
💙Cita-Cita:Pensyarah
💙Quote:Selalu ada harapan bagi mereka yang sering berdoa,
selalu ada jalan bagi mereka yang sering berusaha.




💚Nama:Fatin Fariha Binti Muhammad
💚Nombor Matrik:A167999
💚Asal:Banting,Selangor
💚Tarikh Lahir:25 Jun 1999
💚Cita-Cita: pensyarah
💚Quote: Allah will make a way where there seems to be no way .have faith.






💜Nama:Nur Nazurah Binti Abdul Wahid
💜Nombor Matrik:A167778
💜Asal:Kuala Lumpur
💜Tarikh Lahir:11 Disember 1999
💜Cita-Cita:Penterjemah
💜Quote:"Jatuh tujuh kali , bangun lapan kali,jangan menyerah 
selagi peluang masih ada". Keep moving forward bruhhh!!!


                                                      Posted by:HIDAYU MAK SUDI 





TERJEMAHAN SASTERA II

Sambungan seterusnya… Menurut Safa’ Khalusi, kaedah menterjemah terbahagi kepada tiga bahagian: 1)Tasrifiyah (parafrasa) -terje...