Coretan bidadari-bidadari Al Mahirah💗
Assalamualaikum W.B.T..
Hai korang semua👋.. Sejujurnya sedikit nervous untuk menulis blog ini, kerana ini adalah pertama kali dalam hidup saya untuk menulis blog😅huhu.. Okey sebenarnya ini adalah salah satu tugasan buat kami , pelajar tahun satu Pusat Rantau Timur Tengah dan Nusantara yang ditugaskan oleh Dr Maheram Bt Ahmad untuk membuat blog khas bagi kursus terjemahan arab-melayu-arab . Kami perlu membentuk satu kumpulan yang mana terdiri daripada 4 orang ahli. Korang boleh lihat biodata ahli kumpulan saya di ruangan biodata ya, mana tahu ada yang berkenan di hati. Ecewah..😆
Kuliah 1..
Suasana kuliah pada hari pertama pembelajaran |
Baiklah , saya ingin menceritakan serba sedikit ketika kuliah pertama bagi kursus ini. sebelum itu, saya ingin beritahu, kuliah pertama kami santai-santai sahaja kerana Dr. menerangkan serba sedikit berkenaan dengan kursus ini sahaja. Ketika semua pelajar sudah memenuhi ruang tempat duduk di dalam dewan kuliah . Sambil menunggu ketibaan Dr Maheram ke dewan , masing-masing sibuk beborak sana sini. Tidak lupa juga bagi yang sibuk 'membawang'😅.. hehe . Tidak lama kemudian Dr pun sampai. Berbagai tanggapan yang bermain di fikiran masing-masing .Ada yang kata 'Dr Maheram nampak macam garang ' , ada juga yang mengatakan 'wow berkarisma nya Dr Maheram ini'. Setelah berlansungnya kuliah , baru kami tahu bahawa Dr Maheram seorang yang kelakar, peramah dan seorang yang sangat hebat.
Beliau ada juga mencerikan tentang pengalaman hidup beliau yang membuatkan kami begitu kagum . Beliau juga ada memberi perbezaan antara perkataan 'banyak' dan 'ramai'. Kata Dr, perkataan 'ramai' itu membawa maksud manusia yang ramai, manakala 'banyak' pula ialah manusia yang ramai dan bising , contohnya banyak manusia di pasar (keadaan pasar yang bising) . Oh ya ,beliau juga ada menceritakan tentang untungnya menjadi ahli penterjemah. Menurut beliau, begitu untung sekali orang yang mempunyai kepakaran dalm bidang bahasa arab yang mana mereka boleh membuat kerja sambilan dengan menterjemahkan buku-buku bahasa arab dengan keuntungan yang berlipat kali ganda ,bak kata beliau kita boleh menjual kepakaran kita hanya dengan duduk sahaja di rumah .
Ini membuatkan kami begitu bersemangat untuk mempelajari kursus ini dengan bersungguh-sungguh. Jika dilihat pada wajah rakan-rakan saya , jelas terpancar keterujaan di wajah masing-masing . Eh nanti dulu ✋, bukan bermaksud kami belajar hanya untuk mendapat keuntungan semata-mata , niat kerana allah itu lebih utama , tetapi sebagai pembakar semangat kepada kami untuk lebih serius dalam mempelajari kursus ini . Kami tidak sabar untuk menempuh hari-hari yang seterusnya bersama Dr Maheram . Korang semua tunggu ya , kami akan kongsikan cerita-cerita yang lebih menarik.😘
Posted by : Nur Nazurah Abdul Wahid 🙉
No comments:
Post a Comment