Tuesday, April 9, 2019

MENTERJEMAH FRASA & PERIBAHASA




Assalamualaikum semua,InshaAllah pada minggu nie kami akan kongsikan ilmu yang kami belajar dalam kelas.Pada minggu nie (2 April 2019) kami telah belajar bab menterjemah frasa dan peribahasa.😉😉😉






Frasa nie apa sebenarnya???

*frasa ialah satu susunan yang mempunyai at least 2 perkataan yang boleh membawa maksud.

Contoh: Burung merpati terbang melayang.

Frasa nie kalau dari sudut bahasa arab ada 6 jenis:

1)Frasa Idiomatik
2)Tarkid Idafi
3)Tarkib Wasfi
4)Taukid
5)Badal wa Mubdal minhu
6)Ataf wa Ma’tuf Alayh

Peribahasa nie apa pulak ye??


*peribahasa ialah kata2 yang ringkas untuk menyerupai keadaan dahulu.

Contoh:1)Perumpamaan-Laksana golok kayu(ditetak tak makan,dijual tak laku)
2)Simpulan bahasa-Bulan Madu
3)Bidalan-Jika pandai menggunting,hendaklah pandai menjahitnya(kerja yang sudah dimulakan hendaklah diselesaikan)
4)Pepatah-Nak kaya berdikit-dikit,nak ramai berkabur urai(jimat cermat ialah tangga kejayaan,murah hati ialah tangga tuah)


Kalau dari sudut bahasa arab,peribahasa nie terbahagi kepada 3:

1)al-Mathal al-Mujaz(peribahasa ringkas)
2)al-Mathal al-qiyasiy(kisah atau cerita untuk menerangkan sesuatu)
3)al-Mathal al-Khurafiy(peribahasa yang dibina oleh bangsa arab mengikut bahasa binatang/cerita khurafat disekeliling mereka)


So,cara untuk kita menterjemahnya ialah…
1-*peribahasa sumber digantikan dengan peribahasa yang seerti dalam bahasa sasaran.
2-*menggunakan teknik pinjam terjemah.
3-*teknik memperjelaskan makna.
4-*proses gantian peribahasa(ungkapan tidak figurative digantikan dengan peribahasa/ungkapan yang figurative)

Wallahua’lam,semoga ilmu ynag dikongsikan dapat membantu para pembaca yang berniat untuk menjadi pakar penterjemah.
Sekian,Terima kasih.

Posted by:Ayu Mak Sudi😊😊😊💦💦


No comments:

Post a Comment

TERJEMAHAN SASTERA II

Sambungan seterusnya… Menurut Safa’ Khalusi, kaedah menterjemah terbahagi kepada tiga bahagian: 1)Tasrifiyah (parafrasa) -terje...