Assalamualaikum,👋hari ini saya ingin berkongsi sedikit maklumat da informasi mengenai cara menterjermah kata nama khas.Semoga perkongsiaan kali ini memberikan sedikit manfaat kepada anda.😃😃
Definisi ✍🏽
⏩ Merujuk
kepada rujukan yang khusus sama ada orang, haiwan, institusi, undang-undang,
bangsa, bahasa, dan seumpamanya.Dalam bahasa melayu,huruf pertama ditulis dengan huruf besar.
Nama
Orang/Objek 👱🏽
Kata nama khas (bahasa Arab) seperti علي (Ali), محمد (Muhammad), فاطمة (Fatimah) dan زينب (Zainab) tidak perlu diterjemahkan, tetapi ada dua perkara
penting yang perlu diambil kira, iaitu:
⏩Menukarkan huruf Arab kepada huruf Rumi.
⏩Memulakan setiap perkataan dengan huruf
besar.
⏩Sekiranya kata nama khas itu ada padanannya
dalam bahasa asing, seperti bahasa Inggeris, penterjemah perlu tahu memilih
padanan yang sesuai dalam bahasa Melayu.
Nama Negara, Bandar,Tempat 🏯
⏩Mengekalkan nama bahasa sumber (tanpa
perubahan atau perubahan seperti ejaan, atau dengan keterangan tambahan).
⏩Menggantikan nama dalam bahasa sumber dengan
padanan budaya yang memang wujud dalam bahasa sasaran.
Nama Institusi/Organisasi 🏫
⏩Diterjemahkan menggunakan kaedah pinjaman
terjemahan, di samping menggunakan akronim/mengekalkan akronim asal/rasmi yang
digunakan.
⏩Di samping kaedah pinjaman terjemahan, ada
juga nama institusi yang dipinjam terus daripada teks sumber ke dalam bahasa
sasaran (tidak diterjemahkan).
Nama Jawatan/Gelaran👨🏽⚖️
⏩Diterjemahkan mengikut kaedah pinjaman atau
pinjam terjemah.
Memasukkan maklumat tambahan bagi nama-nama
jawatan/gelaran yang tidak dapat dikenali untuk membantu pembaca memahami
maksud nama tersebut.
Nama Judul/Peristiwa 📜
Lazimnya akan dikekalkanBagi nama peristiwa/acara:
⏩Ada yang dikekalkan dalam teks sasaran.
⏩Ada yang diterjemahkan secara
literal/pinjaman campuran.
KESIMPULAN:
Terdapat 3 strategi khas dalam penterjemahan
Kata Nama Khas, iaitu:
💗Mengekalkan kata nama asal (TIDAK
DITERJEMAHKAN).
💗Menggantikan kata nama asal dengan kata lain
(DITERJEMAHKAN MENGGUNAKAN TEKNIK PINJAMAN TERJEMAHAN, PINJAMAN CAMPURAN DLL).
💗Menggugurkan terus kata nama itu.
Posted by: SITI NURHAWA BT MAT ASA
No comments:
Post a Comment