"Hidup di dunia tidaklah sentiasa dikerumuni manusia. Kadangkala Allah menguji dengan kesunyian.Bukan sebagai hukuman bukan juga sebagai bebanan .Tetapi sebagai tanda kasih & juga sayang"💖
"Kasih sayang Allah itu hakikatnya sangat luas & tidak terbatas. Subhanallah. Beruntunglah kita.Tetapi berapa ramai yang sedar akan kasih sayang Allah buat hamba-Nya".
"Cuba kita perhatikan di saat Allah menghantar insan-insan di sekeliling kita.Apa reaksi kita? Sudah tentu kita gembira kerana ada insan yang sudi menceriakan hari-hari kita.Kita bersyukur Allah kirimkan keluarga,rakan-rakan dan mereka yang sempurnakan hari dalam hidup kita.
"Namun,kita tahu bahawa langit tidak selalunya cerah.Di saat Allah menarik insan-insan di sekeliling kita.Apa reaksi kita? Sudah tentu kita merasakan hidup itu sunyi.Mulalah mempersoal itu & ini"
"Buka mata & lakarlah senyuman serta bisikkan pada hati bahawa walaupun kita sepi tetapi kita tak pernah sendiri.Itu kerana kita ada Allah yang sentiasa menemani.💪
"Andai benar diri kita sepi tapi kita tak pernah sendiri.Barangkali kita hanya sepi daripada pandangan manusia.Tapi pamdangan Allah kita cukup bermakna.
"FIRMAN ALLAH: KATAKANLAH (MUHAMMAD), SESUNGGUHNYA SOLATKU,IBADAHKU,HIDUPKU DAN MATIKU HANYALAH UNTUK ALLAH;TUHAN SELURUH ALAM"
SUNYI TIDAK BERMAKNA SENDIRI
SUNYI TIDAK BERMAKNA SENDIRI
Posted by: SITI NURHAWA
No comments:
Post a Comment