PENTERJEMAHAN AL-QURAN
- Merupakan satu topik yang penting kerana mempunyai hubungan dengan al-Quran al-Karim.
- Pertama kali dibincangkan secara formal oleh sekumpulan ulama Islam Turki yang diketuai oleh Mustafa Sabri.
- Mendapat perhatian secara serius dalam kalangan ulama Islam cthnya di Mesir.
HUKUM MENTERJEMAH AL QURAN
- Berlaku khilaf dalam kalangan ulama Islam berdasarkan:-
-Memelihara al-Quran daripada sebarang penyelewengan
-Menyampai&menyebarkan ajaran al-Quran dengan menggunakan bahasa
yang boleh difahami oleh semua bangsa.
yang boleh difahami oleh semua bangsa.
- HARUS menterjemah al-Quran:-
-Antara ulama yang mengharuskan ialah Zarqani, al-Shatibi, dan al-Zamakhshari
-Dalil & hujah mereka:
- Al-Quran merupakan sumber rujukan-perlu diterjemahkan agar boleh difahami oleh bangsa lain.
- Dengan adanya terjemahan dan tafsiran al-Quran , akidah umat Islam boleh dijaga dan diselamatkan.
- HARAM menterjemah al-Quran:
Rashid Rida.
- Dalil & hujah mereka:
- Al-Quran tidak boleh dibaca dalam bahasa lain melainkan bahasa Arab.
- Al-Quran dan susunannya adalah mu`jiz.Jadi,sudah tentu ia tidak boleh diterjemahkan ke bahasa lain.
- Terjemahan secara harfiyah boleh menyebabkan kekeliruan kepada umat Islam kerana ditakuti mereka akan menganggap terjemahan itu adalah al-Quran.
SYARAT PENTERJEMAH
- Memenuhi syarat umum penterjemah.
- Setia & jujur pada makna dan maksud yang dibawa oleh teks sumber.
- Teks terjemahan dianggap satu karya baru.
PENTERJEMAHAN HARFIAH
- Memindahkan perkataan daripada bahasa asal kepada kata-kata lain yang sepadan dengannya dalam bahasa kedua/sasaran, di samping menjaga susunan, tarkib dan kedudukan kata asal itu dengan sepenuhnya dalam teks terjemahan.
Syarat penterjemahan harfiah:
- Adanya perkataan /kosa kata dalam bahasa kedua yang menyamai perkataan/kosa kata bahasa asal/sumber.
- Dua bahasa itu hendaklah serupa dari segi kata ganti nama (dhamir) dan kata hubung (al-rawabit) yang menghubungkan antara kosa kata itu.
PENTERJEMAHAN TAFSIRIYYAH
- Terjemahan yang tidak menjaga keserupaan dari segi susunan perkataan, tarkib dan kedudukan perkataan dengan teks asal.
- Yang dipentingkan ialah makan yang dimaksudkan dan tujuan teks asal itu dapat disampaikan dengan jelas dan lengkap.Ada yang memanggil terjemahan ini sebagai maknawiyyah kerana ia bertujuan untuk menerangkan kata-kata dan makna teks asal itu dengan menggunakan bahasa lain demi memenuhi tujuan teks asal itu ditulis.
Syarat penterjemahan Tafsiriyyah:
- Terjemahan hendaklah dilakukan secara tafsiran,yang hanya boleh digunakan sekiranya ia bergantung kepada hadis, ilmu bahasa Arab dan ilmu-ilmu syariat Islam yang lain.
- Penterjemahan pula hendaklah seorang yang berakidahkan akhlak ahli sunnah wal jamaah, mengikut manhaj al-salaf al-salih.
"Tugas penterjemah al-Quran tidak boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja bahkan penterjemah perlu memiliki syarat dan kelayakan tertentu, agar terjemahan yang dihasilkan tidka menyeleweng daripada ajaran & isi kandungan al-Quran"
Posted by: SITI NURHAWA
No comments:
Post a Comment