Sunday, May 26, 2019

Perbezaan إنْ dan إذا




Perbezaan dua adat syarat  (اذا الشرطية\ ان الشرطية)




 Kebiasaannya kebanyakan fi’il yang berada selepas اذا الشرطية  ialah fi’il madhi berbanding dengan fi’il mudhari’.


Penggunaan اذا الشرطية :

-Menunjukkan sesuatu yang pasti berlaku atau yang tidak dapat dipersoalkan lagi.


Penggunaan ان الشرطية :

-Sesuatu benda yang nak didapatkan itu menjadi syak atau ragu atau sangsi.




Contoh:-

ان درست أعطيتك هدية
(Jika awak belajar, saya akan beri awak hadiah)



اذا درست أعطيتك هدية
(Apabila/jika/sekiranya awak belajar. saya akan beri awak hadiah)


Penerengan:-

# Dari sudut penggunaan fi'il, kedua-dua ayat menggunakan fi'il madhi

fi'il tersebut;  ماضي اللفظ مستقبل المعنى  hanya madhi pada lafaz ahaja. adapun dari sudut makna, ianya membawa makna akan datang.

# Pada ayat yang menggunakan ان seolah-olah anda tidak yakin dengan tindak balasnya terhadap apa yang anda mahu dia lakukan.

# pada ayat yang menggunakan اذا anda cenderung untuk mempercayai usahanya dan ketekunannya.



Semoga bermanfaat.

Posted by: NazurahWahid.😊

No comments:

Post a Comment

TERJEMAHAN SASTERA II

Sambungan seterusnya… Menurut Safa’ Khalusi, kaedah menterjemah terbahagi kepada tiga bahagian: 1)Tasrifiyah (parafrasa) -terje...