Nak jadi penterjemah?Meh baca sini..
Assalamualaikum WRT…..
Hai jumpa lagi kita ye.. Sihat ke tuh,hehe.. Okey
sebelum saya mulakan sharing ni.. Saya nak ajak awak yang cantik/handsome yang baca
blog ni ,jom ar kita istighfar sikit,hehe.. Insyaallah rasa lapang je hati nak
baca blog ni🌸, ehek..haha..
Okey
dah siap istighfar jom kita beraksi meneruskan pembacaan blog ini..hiyakkk💪.. Okey
apa yang menarik minat saya padq kuliah kali ini ialah…..jeng.. jeng.. jeng
..nak tau ke, nak ke , nak ke.?hahaha..okey okey ini serius..Pada kuliah 3, Dr
Maheram ada berkongsi berkenaan ‘syarat asas bagaimana untuk melakukan proses
penterjemahan’.Topik ini sangat menarik minat orang-orang yang nak berkecimpung
dalam bidang penterjemahan seperti saya🙊,ngeh ngeh..
Pada
mulanya,dalam fikiran saya nak jadi penterjemah yang hebat ini hanya buka kamus
and terjemah💁, macam kupas kulit kacang,simple jerr(eh kupas kulit kacang pon
susah juga)..Haha .entah pape kan..Rupanya tanggapan tu sebenarnya salah.Ramai
orang yang berfikiran sama macam saya👀.Tapi sebenarnya nak menjadi penterjemah
ini perlu melalui beberapa proses yang saya kira agak rumit juga, untuk menjadikan
dia seorang ‘The greatest translater’ yeahh..Tapi nak capai sesuatu yang kita
nak,mestilah kita kena hadapi tidak kira apa pun cabaran yang datang pada kita
kan..iyekan iyekann..
Banyak
pula ‘membebel’ saya ni😅..Maaf ye,hehe..Okey antara syarat asas penterjemahan
ialah:
1~Mesti tahu bahasa sumber
Supaya senang kita nak membezakan makna dan dapat mentafsirkan
sesuatu makna itu dengan tepat.😉
2~Mesti tahu bahasa sasaran💡
Bahasa penerima
3~Mesti tahu topik atau subjek
yang kita nak terjemahkan
Untuk menjamin ketepatan dan kesempurnaan makna yang dipindahkan. Ia penting dalam penterjemahan
teks-teks khusus atau sastera yee.📙
4~Mesti tahu teori penterjemahan
Ada teori dan kaedah penterjemahannya.yang ni mesti kena ada ilmu
teori dan kaedah penterjemahan yang cukup,bukan main ‘taram’ ye
kawan-kawan,hehe. Lastly, nak pindahkan perkataan yang diterjemah itu,bukan
pindahkan perkataan sahaja,tapi sekali dengan idea, maklumat dan gaya .Barulah
makna tu tidak mengarut..☝
5~Mesti tahu sasaran/khalayak
pembaca (kepada siapa kita nak tujukan)
Terjemahan tersebut mesti sesuai dengan sasaran pembaca yang nak
dituju.laras bahasa perlu dijaga.Misalnya nak tuju kepada kanak-kanak,bahasa
yang digunakan perlu sesuai dengan kefahaman mereka.👶
Selain daripada syarat-syarat asas
diatas.Terdapat juga syarat tambahan yang perlu ada untuk menjadi seorang
penterjemah😎.Antaranya seperti minat yang mendalam,suka baca kamus,tak malu nak
bertanya ,berfikiran terbuka dan banyak lagi yang sebenarnya datang dari diri
kita sendiri.
So inilah
sedikit sebanyak yang boleh saya kongsikan dalam kuliah kali ini.Kalau nak tahu
lebih lagi,jangan lupa follow ig saya dulu nzrhwhd_ 🙈 ,baru saya cerita..hahaha..Nantikan update
yang seterusnya yaaa..stay tuned guysss!!
Posted by: NAZURAH ABDUL WAHID~~
No comments:
Post a Comment