Saturday, March 23, 2019

PROSES TERJEMAHAN & JENIS-JENIS KAMUS


Assalamualaikum..posting kali  ini simple sahaja ya kawan-kawan. Harap bermanfaat untuk awak semua.๐Ÿ˜Š







DEFINISI KAMUS
Sejenis buku rujukan yang menerangkan makna perkataan, berfungsi untuk membantu para pengguna mengenal perkataan baru, mempunyai panduan sebutan, asal (etimologi) sesuatu perkataan, contoh penggunaan bagi sesuatu perkataan dan ada kalanya terdapat juga ilustrasi untuk menguatkan pemahaman pengguna.

JENIS~JENIS KAMUS

      1.KAMUS EKABAHASA
Menggunakan 1 bahasa (kata-kata entri dan penjelasannya terdiri daripada bahasa yang sama).Penyusunan dibuat berdasarkan pembuktian data korpus(takrifan makna diberikan berdasarkan makna yang diberikan dalam contoh ayat)
Contoh:-
Kamus Dewan, Qamus al Wasit

2.KAMUS DWIBAHASA

Menggunakan 2 bahasa (kata masukan diberi padanan atau pemerian takrifnya dengan menggunakan bahasa lain).

Contohnya:-
Kamus besar Arab-Melayu Dewan

3.KAMUS ANEKA BAHASA/MULTI BAHASA

Sekurang-kurangnya guna 3 bahasa
Contoh:-
Kamus Melayu-Cina-Inggeris (Yuen Boon Chan 2004)







Posted by:- NazurahWahid~~๐Ÿ™†



No comments:

Post a Comment

TERJEMAHAN SASTERA II

Sambungan seterusnya… Menurut Safa’ Khalusi, kaedah menterjemah terbahagi kepada tiga bahagian: 1)Tasrifiyah (parafrasa) -terje...