Assalamulaikum.w.bt...Hai semua😃.Hari ini saya ingin berkongsi sedikit tentang satu topik yang menarik tentang padanan terjemahan.Semoga bermanfaat👍
KONSEP PENTERJEMAHAN
- Melalui konsep penterjemahan yang dikemukakan oleh Catford (1965) & Newmark (1981),dapat disimpulkan bahawa penterjemahn sebenarnya ialah kerja mencari padanan yang paling tepat dan sesuai dengan makna asalnya bagi kata-kata dalam teks sumber agar makna asalnya berjaya disampaikan kepada pembaca teks sasaran.
KONSEP PADANAN
- Mencari padanan yang betul-betul tepat antara dua bahasa dianggap sesuatu yang mustahil untuk direalisasikan.
- Mencari padanan merupakan masalah utama teori terjemahan
- Setiap hasil penterjemahan dianggap sebagai refleksi daripada pencarian padanan dalam proses terjemahan
- Pernah dibincangkan oleh Nida, Catford, Wills, Bassnett McGuire- Untuk menerangkan konsep ini,pelbagai istilah digunakan menunjukkan tiada persepakatan dan persetujuan antara mereka.
- Sebagai contoh,Wills sendiri pernah mengaku hakikat ini dalam bukunya Science of Translation:Problem and Method - Equivelent is one of the central issues in the theory of translation and yet one on which linguistics seem to have agreed to disagree.
ISTILAH PADANAN
- Penggunaan istilah padanan terjemahan ini diterima pakai dalam ilmu sains pentermjemahan setelah ia dipinjam daripada ilmu matematik atau ilmu logik (Wills 1982).
- Sebagai satu usaha untuk mendapatkan satu terminologi yang lebih berotonomi.Oramg pertama yang menggunakan kondep padanan dalam kerangka ilmu sains terjemahan ialah Jakobson (1959) melalui artikelnya On linguistic aspect of translation.
Posted by: SITI NURHAWA💥
No comments:
Post a Comment