Sunday, May 19, 2019

PENTERJEMAHAN AL-QURAN



PENTERJEMAHAN AL-QURAN




  • Merupakan satu topik yang penting kerana mempunyai hubungan dengan al-Quran al-Karim.
  • Pertama kali dibincangkan secara formal oleh sekumpulan ulama Islam Turki yang diketuai oleh Mustafa Sabri.
  • Mendapat perhatian secara serius dalam kalangan ulama Islam cthnya di Mesir.

HUKUM MENTERJEMAH AL QURAN

  • Berlaku khilaf dalam kalangan ulama Islam berdasarkan:-
      -Memelihara al-Quran daripada sebarang penyelewengan 
      -Menyampai&menyebarkan ajaran al-Quran dengan menggunakan bahasa
        yang boleh difahami oleh semua bangsa.
  • HARUS menterjemah al-Quran:-
       -Antara ulama yang mengharuskan ialah Zarqani, al-Shatibi, dan al-Zamakhshari
       -Dalil & hujah mereka:
  1. Al-Quran merupakan sumber rujukan-perlu diterjemahkan agar boleh difahami oleh bangsa lain.
  2. Dengan adanya terjemahan dan tafsiran al-Quran , akidah umat Islam boleh dijaga dan diselamatkan.
  • HARAM menterjemah al-Quran:
      -  Antara ulama yang mengharamkan terjemahan al-Quran ialah Manaa` Qattan dan
          Rashid Rida.
      -  Dalil & hujah mereka:

  1. Al-Quran tidak boleh dibaca dalam bahasa lain melainkan bahasa Arab.
  2. Al-Quran dan susunannya adalah mu`jiz.Jadi,sudah tentu ia tidak boleh diterjemahkan ke bahasa lain.
  3. Terjemahan secara harfiyah boleh menyebabkan kekeliruan kepada umat Islam kerana ditakuti mereka akan menganggap terjemahan itu adalah al-Quran.

SYARAT PENTERJEMAH

  • Memenuhi syarat umum penterjemah.
  • Setia & jujur pada makna dan maksud yang dibawa oleh teks sumber.
  • Teks terjemahan dianggap satu karya baru.

PENTERJEMAHAN HARFIAH

  • Memindahkan perkataan daripada bahasa asal kepada kata-kata lain yang sepadan dengannya dalam bahasa kedua/sasaran, di samping menjaga susunan, tarkib dan kedudukan kata asal itu dengan sepenuhnya dalam teks terjemahan.
         Syarat penterjemahan harfiah:
  1. Adanya perkataan /kosa kata dalam bahasa kedua yang menyamai perkataan/kosa kata bahasa asal/sumber.
  2. Dua bahasa itu hendaklah serupa dari segi kata ganti nama (dhamir) dan kata hubung (al-rawabit) yang menghubungkan antara kosa kata itu.

PENTERJEMAHAN TAFSIRIYYAH

  • Terjemahan yang tidak menjaga keserupaan dari segi susunan perkataan, tarkib dan kedudukan perkataan dengan teks asal.
  • Yang dipentingkan ialah makan yang dimaksudkan dan tujuan teks asal itu dapat disampaikan dengan jelas dan lengkap.Ada yang memanggil terjemahan ini sebagai maknawiyyah kerana ia bertujuan untuk menerangkan kata-kata dan  makna teks asal itu dengan menggunakan bahasa lain demi memenuhi tujuan teks asal itu ditulis.
        Syarat penterjemahan Tafsiriyyah:
  1. Terjemahan hendaklah dilakukan secara tafsiran,yang hanya boleh digunakan sekiranya ia bergantung kepada hadis, ilmu bahasa Arab dan ilmu-ilmu syariat Islam yang lain.
  2. Penterjemahan pula hendaklah seorang yang berakidahkan akhlak ahli sunnah wal jamaah, mengikut manhaj al-salaf al-salih.



"Tugas penterjemah al-Quran tidak boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja bahkan penterjemah perlu memiliki syarat dan kelayakan tertentu, agar terjemahan yang dihasilkan tidka menyeleweng daripada ajaran & isi kandungan al-Quran"


Posted by: SITI NURHAWA

        

LARAS BAHASA

                         LARAS BAHASA


•Kajian yang dibuat oleh ahli linguistik dan sosiolinguistik menimbulkan beberapa pandangan tentang konsep dan takrif laras bahasa.

•Nik safiah karim (1989: 2): … gaya atau cara penggunaan sesuatu bahasa. sesuatu bahasa bermaksud variasi bahasa yang telah dipilih daripada sekumpulan variasi yang ada pada tiap-tiap penutur. 
  •Ainon Muhammad (1991: 107): Perkataan-perkataan yang digunakan dengan pengertian khusus dalam bidang itu sahaja. Perkataan-perkataan itu digunakan juga dalam bidang lain tetapi dengan makna yang berlainan antara satu bidang dengan bidang yang lain. Biasanya, perkataan itu terdiri daripada perkataan biasa. 

—Laras bahasa ialah ciri-ciri khusus dalam penggunaan bahasa mengikut bidang dan situasi penutur ketika berbahasa, sama ada secara lisan atau tulisan.
—Bahasa yang digunakan untuk sesuatu konteks adalah berlainan, misalnya bahasa yang digunakan dalam ulasan sukan dengan bahasa minit mesyuarat adalah berbeza, bahasa yang digunakan dalam bidang masakan tidak sama dengan bahasa yang digunakan dalam bidang permotoran.


Jenis & ciri laras bahasa
  •      Laras bahasa biasa:
  1.       Tidak melibatkan sebarang bidang ilmu atau konteks yang khusus.
  2.       Tiada istilah teknikal.
  3.        Struktur ayatnya mudah,ringkas dan padat.
  4.        Laras bahasa biasa formal digunakan dalam situasi rasmi sahaja.
  5.        Laras bahasa biasa tidak formal digunakan dalam situasi rasmi sahaja.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

LARAS BAHASA PERNIAGAAN




  •      Berbentuk pemberitahuan fakta.
  •      Maklunat disampaikan dengan ringkas tetapi terperinci.
  •      Ayat ringkas dan pemdek-banyak menggunakan kata adjektif.
  •      Bahasa yang digunakan bersifat imaginatif dan kreatif
  •      Menggunakan retorik pujukan dan bahasa pengaruhan
  •      Cara penyampaian menarik dan mesra
  •      Mementingkan pemilihan dan penyususnan kata tetapi tidak mementingkan tatabahasa.
  •      Menggunakan slogan atau penyataan tertentu untuk menyakinkan pengguna.
               CTH: TV9 dekat di hati 💗
     


 Laras bahasa sains




§Laras bahasa ilmiah dan bersifat formal serta tidak menggunakan bahasa basahan.
§Bersifat intelektual, saintifik, formal dan objektif. Maklumat yang diberikan berdasarkan kajian dan fakta.
§Mementingkan kejelasan dan ketepatan fakta.
§ Bahasa menggunakan istilah sains dan teknikal.
•Penggunaan istilah pinjaman daripada bahasa Inggeris.
•Lebih banyak menggunakan kata nama dan ragam ayat pasif.
•cth:Air hujan, secara semula jadinya berasid sedikit kerana tindak balasnya dengan gas karbon dioksida dalam atmosfera untuk membentuk asid karbonik. Nilai pH air hujan ialah 5.6

LARAS BAHASA MEDIA MASSA


  •      Berita:
  1.       Bahasa yang palimg mudah diterima.
  2.       Nahasa yang mudah , gaya tulisan jelas & ketetapan isi tulisan.
  3.       Ringkas,tepat & padat.
  4.       Tidak mementingkan kata hubung & tatabahasa.
  5.       Tidak menggunakan istilah teknikal & khusus.
  6.       Bersifat melaporkan sesuatu peristiwa yang berlaku
  7.       Mengandungi judul & teks.

        LARAS BAHASA RENCANA

    
        



  •       Bersifat umum.
  •       Untuk menyampaikan kepelbagaian idea tentang sesuatu isu.
  •       Mudah difahami.
  •       Gaya bahasa penulisan menarik yang menjurus kepada tajuk rencana.
  •       Bersifat melaporkan sesuatu kepada pembaca secara umum ataupun secara terperinci.

LARAS BAHASA UNDANG-UNDANG




  •       Teks yang berkaitan dengan perundangan.
  •       Mengandungi prinsip undang-undang dan berkait dengan akta- terbahagi kepada bahagian dan seksyen.
  •       Menggunakan istilah undang-undang dan istilah yang dipinjam daripada bahasa Inggeris.
  •       Makna kosa yang yang digunakan berdasarkan interpretasi.
  •       Tidak memetingkan struktur ayat tetapi mementingkan kepersisan dan kejelasan


LARAS BAHASA SUKAN





  •       Maklumat berkait dengan kegiatan sukan.
  •       Bahasanya ringkas, bersahaja dan jelas.
  •       Menggunakan istilah sukan dan bahasa/ kosa kata yang mudah difahami.


KESIMPULAN

                                 ⏩Laras penting dan perlu diberikan perhatian.
                                              
                                 ⏩Membantu menghasilkan penulisan & penterjemahan yang boleh                                                      difahami oleh khalayak pembaca 

                                 ⏩لكل مقام مقال   





Posted by: SITI NURHAWA 


Saturday, May 18, 2019

Ramadan Kareem





      ..... السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 

Alhamdulillah kita masih direzekikan oleh Allah untuk berpuasa pada bulan Ramadan kali ini. Ahlan Ya Ramadan. Oleh itu, berpuasalah dengan penuh keimanan dan keikhlasan agar dosa kite diampunkan oleh Allah.

Dari Abu Hurairah r.a ,ia berkata, Rasulullah bersabda: "Sesiapa yang berpuasa Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharap pahala ,maka dosanya yang lalu akan diampunkan ". Di dalam hadis ini disebutkan bahawa salah satu syarat seorang mukmin yang menginginkan dosa-dosa yang lalu diampunkan oleh Allah,adalah hendaklah dia menjalankan ibadah puasa dengan penuh keimanan dan keikhlasan.Oleh itu, sentisa tingkatkan momentum kita untuk mengejar pahala & keberkatan serta rahmat daripada Allah.


"KEKALKAN MOMENTUM RAMADAN MERAIH TAKWA"

Posted: Siti NurHawa

Monday, May 6, 2019

MENTERJEMAH UNSUR BUDAYA


Assalamualaikum..
Saya akan kongsikan berkenaan apa yang saya fahami dalam kuliah 9. Actually pada kuliah kali ini bukan diberikan oleh Ustazah kami, tapi bakal ustaz dan ustazah untuk anak-anak kami (pembentangan pelajar), hehe..

Tajuk yang di bincangkan “Menterjemah unsur budaya”



Dua aspek yang berbeza apabila diterjemahkan:

1.Terjemahan bahasa:

Untuk menghasilkan hasil terjemahan yang berkualiti tinggi, penterjemah perlu mengekalkan bahasa seperti yang digunakan oleh penutur asal.

2.Terjemahan budaya:

Hasil terjemahan yang bermutu tinggi, apabila penterjemah dapat memberitahu pembaca sasaran bahawa mereka sedang membaca pasal orang, benda atau budaya asing. Mudah kata, kekalkan unsur budaya asal.



#Macam mana nak terjemahkan ayat yang ada unsur budaya ni ? tak fahamlah.
Okey sebelum nak terjemah pasal unsur budaya , jom kita kenal dulu budaya apa yang ada.


PEMBAHAGIAN BUDAYA

·       -Budaya ekologi
·       -Budaya sosial
·       -Budaya ideologi
·       -Budaya material


Budaya ekologi:
Mengkaji makhluk hidup di habitatnya atau struktur alam dan fungsinya. Contohnya: keadaan cuaca, bentuk muka bumi, tanah, tingkah laku manusia dll.

Budaya sosial:
Berkenaan dengan kepercayaan dan adat resam masyarakat tersebut. Nama bagi pakaian, lauk pauk, bentuk seni dan sebagainya yang diguna oleh orang Arab berbeza dengan orang Melayu. Contohnya: Pulut kuning bg orang Melayu.

Budaya ideologi:
Berkait dengan agama,adat resam, kepercayaan dan politik. Agak rumit untuk diterjemahkan kerana berkaitan dengan emosi.



KAEDAH MENTERJEMAH UNSUR BUDAYA

1.    Unsur budaya dikekalkan.
2.    Unsur  budaya disesuaikan semula.
3.    Unsur budaya dihilangkan.
4.    Budaya asal yang tidak ditemui padanannya hendaklah dijelaskan dalm bentuk nota kaki atau nota akhir.



Kesimpulannya, perbezaan antara dua masyarakat menyukarkan penterjemah untuk menterjemah. Jadi, penyelesaiannya adalah dengan menyesuaikan atau menggantikan budaya asal kepada budaya sasaran. Selain itu, boleh juga mengekalkan budaya sumber itu dengan cara menerangkan konsep budaya itu melalui catatan bawah / nota kaki.



Posted by: Nazurah

Hiwar lagii




Assalamualaikum , hari ini kita bersantai-santai bersama hiwar oh yeahh..


Wifi UKM di Kolej Keris Mas laju ke laju sangat?


   الشبكة ضعيفة في كوليج كريس مس..
Line tak kuat lah kat Kolej Keris Mas ni.


أريد أن أشتري شريحة أخرى..
Aku nak beli SiM card lain la.


هذه المنطقة نائية بعض الشيء في الغابة..
Kawasan ini pedalaman sikit dalam hutan.


متقطعة.. 4Gخدمة
Line 4G pon putus-putus.


أين أقرب بقالة؟
Di mana kedai runcit yang terdekat?


  تباع في محلات البقالة.SIM لا أظن بطاقة
Aku tak rasalah SIM card ada jual di kedai runcit.


اذن أين نجدها؟
Habis tu nak beli dimana?


.  Bangi Gateway  في محلات الاتصالات
Kedai alat telekomunikasi di Bangi Gateway tu ha.


يا سلام, بعيد جدا .
Pergh, jauh bak hang.



Posted by: Nazurah😃

Penanda wacana





Assalamualaikum awak semua.. Insyaallah kali ini saya ingin berkongsi tentang penanda yang boleh digunakan dalam penulisan mahupun ucapan seharian kita.






















Semoga bermanfaat buat semua..
Posted by : Nazurah😳

Sunday, April 21, 2019

الثروة اللغة العربية ٢




Assalamualaikum,agaknya perkongsian apa yang saya akan tulis kali ini 😲.Untuk entri kali ini saya ingin berkongsi  tentang mufradat atau pun perbendaharaan kata untuk kali keduanya.Diharapkan perkongsian ini dapat menambah vocab bahasa arab kalian😉😉.Semoga bermanfaat.🙌

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



1) TIADA FAEDAH





2)MASIH LAGI





3) JIKA PILIHAN DI TANGAN SAYA






4)MENGUCAPKAN SELAMAT






5) MENYEDARI



Sekian sahaja perkongsian dari saya.Semoga bermanfaat.✌



posted by:SITI NURHAWA  😀


TERJEMAHAN SASTERA II

Sambungan seterusnya… Menurut Safa’ Khalusi, kaedah menterjemah terbahagi kepada tiga bahagian: 1)Tasrifiyah (parafrasa) -terje...